Tuesday, June 7, 2011

ikhlas

keikhlasan itu tidak memerlukan orang 
lain untuk melihatnya.
cukuplah sekadar Allah dan malaikat
sebagai saksi

Saturday, June 4, 2011

kata hikmah:)

Rasulullah s.a.w mengibaratkan bahawa orang yang 
tidur itu lebih baik bila mengetahui 
makna dan hikmah (ilmu) tidur berbanding 
orang yang menjalankan ibadah
wajib,namun buta makna dan hikmah (ilmu)
dari amalan tersebut.



Friday, June 3, 2011

which NUR are you??

Wajah indah bercahaya….:) 

Di hari qiamat ada 3 cahaya yang berlainan : 

Cahaya pertama seperti bintang-bintang.. Cahaya yang ke2 seperti cahaya bulan.. Cahaya yang ke3 seperti cahaya matahari.. 

Apabila di tanya apakah cahaya ini? Lalu dijawab “cahaya yang pertama adalah cahaya wajah manusia yang ketika di dunia mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabil mendengar azan.



The image “http://www.physics.csbsju.edu/astro/CS/images/stars.N.1.b.gif” cannot be displayed, because it contains errors.


Cahaya yang kedua ialah wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

The image “http://www.strudel.org.uk/blog/astro/images/20050818_orange_moon.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka yang tatkala di dunia sudah bersiap sedia berpakaian solat sebelum azan lagi… 


The image “http://rocksfromspace.open.ac.uk/images/Sun.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Ya akhawat..let’s us figure ourselves which ‘nur’ are we…… wassalam:)



aku malu,kamu?

Rasa MALU..

Yang seharusnya ada pada setiap wanita..



Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..



Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..


Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..




Thursday, June 2, 2011

istimewa untuk wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

6. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa." maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

wanita adalah perhiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah :)


satu muqadimah

Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kehadrat Illahi,kerana dengan kurniaNya berjaya juga blog ini diwujudkan.Walaupun kesempitan masa amat dirasai,namun dapat juga ana mencuri masa ini untuk mewujudkan satu medium dakwah untuk para muslimah yang dirahmati Allah.

Sebelum apa2 berlaku,adalah lebih elok jika kita beertaaruf terlebih dahulu.

Laman blog http://qalbunisa-intesaber.blogspot.com/ ini adalah laman istimewa buat para muslimah sejati di luar sana.

Kami adalah sebuah organisasi Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) yang bergerak sebagai sebuah organisasi dakwah dan kerohanian bagi menjana peribadi muslim sejati para pelajar di samping menjana iklim diini di INTESABER.

Tujuan utama laman blog ini diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan dan informasi serta diskusi yang berkait rapat dengan ANNISA di luar sana.Diharapkan agar medium dakwah di alam maya ini dapat membantu ANNISA untuk menjadi seorang srikandi muslimah unggul era ini :)