Saturday, November 5, 2011

calon SPM=calon 11 A+,10 A+,9 A+

aspuri..sila doakan yang terbaik untuk kami ye..
maafkan segala salah dan silap kami sepanjang bergelar BADAR dan NAQIBAH di SBPISB.
terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini.


salam aidiladha:D


Kelebihan ibadah korban | keistimewaan Aidiladha (Hari Raya Haji) 

Hari Raya Korban Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan kutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara Ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan ibadah korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan bersama-sama  melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri. 

jadi,SALAM AIDILADHA buat semua aspuri:)


Friday, September 16, 2011

pemakaian selendang di SBPISB

salam bahagia semua..
hari ni ana nak kongsi satu fenomena yang sedang hebat melanda gadis2 remaja di malaysia ni..
pemakaian tudung yang dah bermacam2 bentuk zaman skrg ni..
perasan takk?
arini la..pashmina laa..shawl dan baaanyak lg kan..
tudung2 ni pun da femes kat pelajar2 sekolah kita..tak ada masalah pun nak pakai tudung ni kat kawasan selain sekolah..pakai laa..selagi menutup penuh rambut dan bahagian dada,ok lah tu..
tapi..
kenapa haritu cikgu has tak bagi pakai kat sekolah waktu nak jamuan raya?
kenapa cikgu azizah tak bagi form 5 pakai untuk jamuan..?
sedangkan tudung tu ada jugak yang labuh..
tudung tu tak jarang punn
kenapa tak boleh pakai..???

ha..

ni jawapannye ye..

kita memang tak menafikan..tudung tu,memang agak labuh..
kita semua tau,memang tudung tu tak jarang pun..tudung bawal biasa ade je yang lagi jarang..
jadi,kenapa anda tak dibenarkan memakainya untuk jamuan2..

"alahhh..nak bergaya sikit pun tak boleh..final year ni..'

okey..ustazah raja fatimah selalu cakap mcm nie..
'apa2 yang kamu buat di sekolah..semuanya jadi fokus orang ramai..pelajar,mahupun guru2..sekecil mana pun isu yang timbul,pasti akan terheboh secara meluasnya..lagi la kalau kamu buat sesuatu yang tak manis di mata orang.,

so,pointnye kat sini adalah,apa2 yang kita buat..pasti akan menjadi fokus orang ramai..benda yang nampak remeh,tapi dah jadi mcm dosa besar pulak kalau buat kat sekolah tu..nak buat mcm mane pun..tu lah budaya kita sejak dulu lagi..susah nak diubah..tapi,ada bagusnya jugak sikap warga intesaber macam nie..maknanya,tak adalah pelajar nak main hentam keromo je nak buat sesuatu tu..
betul tak??

jadi,adik2 kakak2..tolonglah jgn nak merungut kalau kita tak bagi anda buat sesuatu tu..kita cuma nak menjaga aspuri dengan baik..

jadi,renung2kan..dan selamat beramal..
masing2 da besar kann
pandai2 lah pikir ye:)





Saturday, August 27, 2011

cube klik n hayati video nie:)

http://youtu.be/A4y_wBFxh50


hmm...bukalah pintu hati kita semua utk berubah... sesungguhnya Allah x kan alihkan perhatian-Nya drpd kite....insyaAllah...

Yeye!! RAYE!!!

Bile ade announcement kat TV kate.."1 Syawal jatuh hari esok", kite mesti hepi kan??? Raye, sape x suke??? baju raya baru, kasut raya baru, makanan penuh atas meja, perabot kat umah sume baru, langsir pun tukar yang baru... Sume bende nak baru...TAPI, pernah x kite pikir nak ganti amalan kite dgn amalan yg serba baru??? pernah x kite pikir yg kite akn RUGI???

- no more TADARUS AL-QURAN
- no more SOLAT TARAWIKH
- no more BANGUN AWAL PAGI(SAHUR)
- no more NIKMAT TYME BERBUKE POSE
- no more PELUANG DIGANDAKAN PAHALA

pernah x kite pikir sume nih??? kalau ade, alhamdulillah... kalau x de, MUHASABAH DIRIkite balek...MASIH BELUM TERLAMBAT utk kite b'taubat n tambah amalan kite...

RAMADAN x abes lagi...jgn kite sia-siakan saki-baki bulan yg penuh barakah nie...
Sesape yg b4 ni x pegi surau/masjid utk tarawikh, PERGILAH... sesape yg b4 ni x bgn sahur, BANGUNLAH...sesape yg b4 ni x suke kongsi rezeki dgn org len, SEDEKAHLAH....sesape yg b4 ni x pernah bace Quran, BACALAH BYK2...sesape yg b4 ni pose x penuh, PUASALAH...n sesape yg lom bayar ZAKAT lagi, cpt2 lah BAYAR...

Allah x kan lupekan hmbe-Nya..n Dia pasti terime TAUBAT SEORANG HAMBA.

Saturday, August 20, 2011

kata hikmah:)

simpanlah keikhlasanmu sebagaimanz kamu menyimpan perilaku burukmu:)

sabar itu umpama sinar mentari:)


Friday, August 19, 2011

-terawih di surau as-syakirin-

salam semua muslimah:)
lama dah blog ni x 'ber'update..dah berhabuk habuk dah ni.

so,amacam puasa stakat nie?
ok?ke k.o?terawih pulak macam mane?

haa.cite pasal terawih..nak ckp tahniah dan syabas lah kepada aspuri intesaber sekalian kerana berjaya menyempurnakan satu ibadah sunat di bulan ramadan mulia ini.Alhamdulillah,ana kira..lebih kurang 17 hari  kita berpuasa di sekolah,maka lebih kurang 17 kali juga kita berterawih di surau as-syakirin.tapi,yang waktu mamnuk tu tak yah kira la ye.jangan lupa catat berapa hari tinggal puasa.jangan asyik catat bday pakwe or tarikh dpt gifts drp balak je.catat hari kene ganti ni la yang sgt penting.nanti kang lupa je bape hari kene ganti.

ok,back to the topic,terawih setakat ni macam mane pulak..seronok takkk?
tp rasanya tak semua aspuri rasa seronok kot.ye lah..kalau seronok,tak rasa nak tinggalkan terawih macam tu aje kan..

ape lah nak jadi.

meh sini dengar ana membebel sekejap.

terawih ni datang sekali je setahun.waktu bulan puasa ni aje la dia ada.bulan lain tak jumpa lah terawih ni.
waktu ni jugak la kita nak ambil pengalaman berterawih.ana tak terkejut kalau ada adik2 form one atau form 4 yang baru cakap mereka tak pernah berterawih sebelum ini.itu realiti.tak terkejut jugak la kalau ada aspuri yg mengaku kat rumah dia tak terawih pun.atau dia cuma dpt terawih kat rumah aje.
waktu terawih jugak la kita dapat salam ngan cikgu2 yang datang terawih skali.rasa mcm satu family.tak rase seronok ke?

cuma,kita faham kondisi surau kita yang tak la sebesar mana.agak panas.ana sendiri berpeluh-peluh habis basah telekung waktu mengerjakan terawih.tapi kan ustaz da cakap:

kalau kita buat dosa,nikmatnya akan hilang,tapi,dosanya akan berkekalan
kalau kita buat baik,penatnya akan hilang,tapi pahalanya akan berkekalan:)


jadi,pihak badar cuba mengambil inisiatif utk membuka semua tingkap agar pengudaraan menjadi lebih baik.selain tu,boleh jugak nak elakkan aspuri yang kat belakang2 tu tidur tanpa segan silu.

jadi,masih mahu tinggalkan terawih..?
fikir2kan lah..masing2 da besar kan..

salam ramadan:)