salam semua muslimah:)
lama dah blog ni x 'ber'update..dah berhabuk habuk dah ni.
so,amacam puasa stakat nie?
ok?ke k.o?terawih pulak macam mane?
haa.cite pasal terawih..nak ckp tahniah dan syabas lah kepada aspuri intesaber sekalian kerana berjaya menyempurnakan satu ibadah sunat di bulan ramadan mulia ini.Alhamdulillah,ana kira..lebih kurang 17 hari kita berpuasa di sekolah,maka lebih kurang 17 kali juga kita berterawih di surau as-syakirin.tapi,yang waktu mamnuk tu tak yah kira la ye.jangan lupa catat berapa hari tinggal puasa.jangan asyik catat bday pakwe or tarikh dpt gifts drp balak je.catat hari kene ganti ni la yang sgt penting.nanti kang lupa je bape hari kene ganti.
ok,back to the topic,terawih setakat ni macam mane pulak..seronok takkk?
tp rasanya tak semua aspuri rasa seronok kot.ye lah..kalau seronok,tak rasa nak tinggalkan terawih macam tu aje kan..
ape lah nak jadi.
meh sini dengar ana membebel sekejap.
terawih ni datang sekali je setahun.waktu bulan puasa ni aje la dia ada.bulan lain tak jumpa lah terawih ni.
waktu ni jugak la kita nak ambil pengalaman berterawih.ana tak terkejut kalau ada adik2 form one atau form 4 yang baru cakap mereka tak pernah berterawih sebelum ini.itu realiti.tak terkejut jugak la kalau ada aspuri yg mengaku kat rumah dia tak terawih pun.atau dia cuma dpt terawih kat rumah aje.
waktu terawih jugak la kita dapat salam ngan cikgu2 yang datang terawih skali.rasa mcm satu family.tak rase seronok ke?
cuma,kita faham kondisi surau kita yang tak la sebesar mana.agak panas.ana sendiri berpeluh-peluh habis basah telekung waktu mengerjakan terawih.tapi kan ustaz da cakap:
kalau kita buat dosa,nikmatnya akan hilang,tapi,dosanya akan berkekalan
kalau kita buat baik,penatnya akan hilang,tapi pahalanya akan berkekalan:)
jadi,pihak badar cuba mengambil inisiatif utk membuka semua tingkap agar pengudaraan menjadi lebih baik.selain tu,boleh jugak nak elakkan aspuri yang kat belakang2 tu tidur tanpa segan silu.
jadi,masih mahu tinggalkan terawih..?
fikir2kan lah..masing2 da besar kan..
salam ramadan:)
No comments:
Post a Comment