Saturday, November 5, 2011

calon SPM=calon 11 A+,10 A+,9 A+

aspuri..sila doakan yang terbaik untuk kami ye..
maafkan segala salah dan silap kami sepanjang bergelar BADAR dan NAQIBAH di SBPISB.
terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini.


salam aidiladha:D


Kelebihan ibadah korban | keistimewaan Aidiladha (Hari Raya Haji) 

Hari Raya Korban Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan kutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara Ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan ibadah korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan bersama-sama  melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri. 

jadi,SALAM AIDILADHA buat semua aspuri:)


Friday, September 16, 2011

pemakaian selendang di SBPISB

salam bahagia semua..
hari ni ana nak kongsi satu fenomena yang sedang hebat melanda gadis2 remaja di malaysia ni..
pemakaian tudung yang dah bermacam2 bentuk zaman skrg ni..
perasan takk?
arini la..pashmina laa..shawl dan baaanyak lg kan..
tudung2 ni pun da femes kat pelajar2 sekolah kita..tak ada masalah pun nak pakai tudung ni kat kawasan selain sekolah..pakai laa..selagi menutup penuh rambut dan bahagian dada,ok lah tu..
tapi..
kenapa haritu cikgu has tak bagi pakai kat sekolah waktu nak jamuan raya?
kenapa cikgu azizah tak bagi form 5 pakai untuk jamuan..?
sedangkan tudung tu ada jugak yang labuh..
tudung tu tak jarang punn
kenapa tak boleh pakai..???

ha..

ni jawapannye ye..

kita memang tak menafikan..tudung tu,memang agak labuh..
kita semua tau,memang tudung tu tak jarang pun..tudung bawal biasa ade je yang lagi jarang..
jadi,kenapa anda tak dibenarkan memakainya untuk jamuan2..

"alahhh..nak bergaya sikit pun tak boleh..final year ni..'

okey..ustazah raja fatimah selalu cakap mcm nie..
'apa2 yang kamu buat di sekolah..semuanya jadi fokus orang ramai..pelajar,mahupun guru2..sekecil mana pun isu yang timbul,pasti akan terheboh secara meluasnya..lagi la kalau kamu buat sesuatu yang tak manis di mata orang.,

so,pointnye kat sini adalah,apa2 yang kita buat..pasti akan menjadi fokus orang ramai..benda yang nampak remeh,tapi dah jadi mcm dosa besar pulak kalau buat kat sekolah tu..nak buat mcm mane pun..tu lah budaya kita sejak dulu lagi..susah nak diubah..tapi,ada bagusnya jugak sikap warga intesaber macam nie..maknanya,tak adalah pelajar nak main hentam keromo je nak buat sesuatu tu..
betul tak??

jadi,adik2 kakak2..tolonglah jgn nak merungut kalau kita tak bagi anda buat sesuatu tu..kita cuma nak menjaga aspuri dengan baik..

jadi,renung2kan..dan selamat beramal..
masing2 da besar kann
pandai2 lah pikir ye:)





Saturday, August 27, 2011

cube klik n hayati video nie:)

http://youtu.be/A4y_wBFxh50


hmm...bukalah pintu hati kita semua utk berubah... sesungguhnya Allah x kan alihkan perhatian-Nya drpd kite....insyaAllah...

Yeye!! RAYE!!!

Bile ade announcement kat TV kate.."1 Syawal jatuh hari esok", kite mesti hepi kan??? Raye, sape x suke??? baju raya baru, kasut raya baru, makanan penuh atas meja, perabot kat umah sume baru, langsir pun tukar yang baru... Sume bende nak baru...TAPI, pernah x kite pikir nak ganti amalan kite dgn amalan yg serba baru??? pernah x kite pikir yg kite akn RUGI???

- no more TADARUS AL-QURAN
- no more SOLAT TARAWIKH
- no more BANGUN AWAL PAGI(SAHUR)
- no more NIKMAT TYME BERBUKE POSE
- no more PELUANG DIGANDAKAN PAHALA

pernah x kite pikir sume nih??? kalau ade, alhamdulillah... kalau x de, MUHASABAH DIRIkite balek...MASIH BELUM TERLAMBAT utk kite b'taubat n tambah amalan kite...

RAMADAN x abes lagi...jgn kite sia-siakan saki-baki bulan yg penuh barakah nie...
Sesape yg b4 ni x pegi surau/masjid utk tarawikh, PERGILAH... sesape yg b4 ni x bgn sahur, BANGUNLAH...sesape yg b4 ni x suke kongsi rezeki dgn org len, SEDEKAHLAH....sesape yg b4 ni x pernah bace Quran, BACALAH BYK2...sesape yg b4 ni pose x penuh, PUASALAH...n sesape yg lom bayar ZAKAT lagi, cpt2 lah BAYAR...

Allah x kan lupekan hmbe-Nya..n Dia pasti terime TAUBAT SEORANG HAMBA.

Saturday, August 20, 2011

kata hikmah:)

simpanlah keikhlasanmu sebagaimanz kamu menyimpan perilaku burukmu:)

sabar itu umpama sinar mentari:)


Friday, August 19, 2011

-terawih di surau as-syakirin-

salam semua muslimah:)
lama dah blog ni x 'ber'update..dah berhabuk habuk dah ni.

so,amacam puasa stakat nie?
ok?ke k.o?terawih pulak macam mane?

haa.cite pasal terawih..nak ckp tahniah dan syabas lah kepada aspuri intesaber sekalian kerana berjaya menyempurnakan satu ibadah sunat di bulan ramadan mulia ini.Alhamdulillah,ana kira..lebih kurang 17 hari  kita berpuasa di sekolah,maka lebih kurang 17 kali juga kita berterawih di surau as-syakirin.tapi,yang waktu mamnuk tu tak yah kira la ye.jangan lupa catat berapa hari tinggal puasa.jangan asyik catat bday pakwe or tarikh dpt gifts drp balak je.catat hari kene ganti ni la yang sgt penting.nanti kang lupa je bape hari kene ganti.

ok,back to the topic,terawih setakat ni macam mane pulak..seronok takkk?
tp rasanya tak semua aspuri rasa seronok kot.ye lah..kalau seronok,tak rasa nak tinggalkan terawih macam tu aje kan..

ape lah nak jadi.

meh sini dengar ana membebel sekejap.

terawih ni datang sekali je setahun.waktu bulan puasa ni aje la dia ada.bulan lain tak jumpa lah terawih ni.
waktu ni jugak la kita nak ambil pengalaman berterawih.ana tak terkejut kalau ada adik2 form one atau form 4 yang baru cakap mereka tak pernah berterawih sebelum ini.itu realiti.tak terkejut jugak la kalau ada aspuri yg mengaku kat rumah dia tak terawih pun.atau dia cuma dpt terawih kat rumah aje.
waktu terawih jugak la kita dapat salam ngan cikgu2 yang datang terawih skali.rasa mcm satu family.tak rase seronok ke?

cuma,kita faham kondisi surau kita yang tak la sebesar mana.agak panas.ana sendiri berpeluh-peluh habis basah telekung waktu mengerjakan terawih.tapi kan ustaz da cakap:

kalau kita buat dosa,nikmatnya akan hilang,tapi,dosanya akan berkekalan
kalau kita buat baik,penatnya akan hilang,tapi pahalanya akan berkekalan:)


jadi,pihak badar cuba mengambil inisiatif utk membuka semua tingkap agar pengudaraan menjadi lebih baik.selain tu,boleh jugak nak elakkan aspuri yang kat belakang2 tu tidur tanpa segan silu.

jadi,masih mahu tinggalkan terawih..?
fikir2kan lah..masing2 da besar kan..

salam ramadan:)









Friday, July 29, 2011

ramadan tiba lagi :)

 RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :
  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w,Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Saad. Sabda Rasulullah s.a.w:Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.
    • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
    • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: Puasa merupakan perisai. Dan daripada Usman bin Abi al-As,Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat.
    • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
    • Imam Ahmad, Muslim
      • dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Said Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
      • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.
      • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
      • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn 
        •  Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.
        • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.
        • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya.
        Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
        Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.



Saturday, July 16, 2011

nisfu syaban:)


anda dijemput utk menjenguk blog di atas ni.

mari kita singkap kelebihan nisfu syaaban ye.

jangan lupa puasa sunat taw:)

Tuesday, June 7, 2011

ikhlas

keikhlasan itu tidak memerlukan orang 
lain untuk melihatnya.
cukuplah sekadar Allah dan malaikat
sebagai saksi

Saturday, June 4, 2011

kata hikmah:)

Rasulullah s.a.w mengibaratkan bahawa orang yang 
tidur itu lebih baik bila mengetahui 
makna dan hikmah (ilmu) tidur berbanding 
orang yang menjalankan ibadah
wajib,namun buta makna dan hikmah (ilmu)
dari amalan tersebut.



Friday, June 3, 2011

which NUR are you??

Wajah indah bercahaya….:) 

Di hari qiamat ada 3 cahaya yang berlainan : 

Cahaya pertama seperti bintang-bintang.. Cahaya yang ke2 seperti cahaya bulan.. Cahaya yang ke3 seperti cahaya matahari.. 

Apabila di tanya apakah cahaya ini? Lalu dijawab “cahaya yang pertama adalah cahaya wajah manusia yang ketika di dunia mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabil mendengar azan.



The image “http://www.physics.csbsju.edu/astro/CS/images/stars.N.1.b.gif” cannot be displayed, because it contains errors.


Cahaya yang kedua ialah wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

The image “http://www.strudel.org.uk/blog/astro/images/20050818_orange_moon.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka yang tatkala di dunia sudah bersiap sedia berpakaian solat sebelum azan lagi… 


The image “http://rocksfromspace.open.ac.uk/images/Sun.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Ya akhawat..let’s us figure ourselves which ‘nur’ are we…… wassalam:)



aku malu,kamu?

Rasa MALU..

Yang seharusnya ada pada setiap wanita..



Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..



Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..


Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..




Thursday, June 2, 2011

istimewa untuk wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.

6. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah
dari segala dosa." maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

wanita adalah perhiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah :)


satu muqadimah

Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kehadrat Illahi,kerana dengan kurniaNya berjaya juga blog ini diwujudkan.Walaupun kesempitan masa amat dirasai,namun dapat juga ana mencuri masa ini untuk mewujudkan satu medium dakwah untuk para muslimah yang dirahmati Allah.

Sebelum apa2 berlaku,adalah lebih elok jika kita beertaaruf terlebih dahulu.

Laman blog http://qalbunisa-intesaber.blogspot.com/ ini adalah laman istimewa buat para muslimah sejati di luar sana.

Kami adalah sebuah organisasi Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) yang bergerak sebagai sebuah organisasi dakwah dan kerohanian bagi menjana peribadi muslim sejati para pelajar di samping menjana iklim diini di INTESABER.

Tujuan utama laman blog ini diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan dan informasi serta diskusi yang berkait rapat dengan ANNISA di luar sana.Diharapkan agar medium dakwah di alam maya ini dapat membantu ANNISA untuk menjadi seorang srikandi muslimah unggul era ini :)